WELCOME TO MY BLOG.ENJOY HERE! | Dashboard | +Follow

♥Life.of.Kis♥
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
Friday, February 3, 2012 | 8:39 AM | 8 budak comel
Assalamualaikum..
yuhuuu.. aku sudah tersedar daqi pengsan yg agak lama..
hehe...
sebenaqnya aku dah malas nak tulis kat blog..
bila baca blog akuislam.. tiba2 terdetik hati nak baca entry tajuk nih "jika aku pilihanmu"

ehem!
ni aku copy dari situ cuma ubah sikit2..


Jika kau pilih aku sebagai permaisuri hati,
pimpinlah aku menuju redhaNya..
bukan membuka jalan untukku.. melangkah ke neraka.

Jika kau pilih aku sebagai permaisuri hati,
tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta mahupun kelebihanku,
pandanglah aku dengan kekuranganku,
nilai kembali niatmu,
masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.

Jika kau pilih aku sebagai permaisuri hati,
jangan rosakkan hatiku dengan merinduimu,
hentikanlah madah-madah terindahmu untukku,
sehingga saat halal itu berlaku,

Jika kau pilih aku sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
kepada yang menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
agar kita akan bisa menemukan insan yg tepat,
bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara..

Jika kau pilih aku sebagai permaisuri hati,
Ketahuilah..
tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tetapi aku minta,
jadikan aku suri yg bisa mendapatkan ISTANA di AKHIRAT sana.
berikan aku jaminan,
untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya...

Jika kau pilih aku..
dan jika ALLAH mengizinkan aku memilihmu,
Ketahuilah..
Aku akan memilihmu keranaNya,
Saat itu adalah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
jawapannya ialah 'Kau memilih aku kerana Dia"

"Ya Allah.. tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yg ada padanya,
biarkan mata hatiku berbicara tatkala yg Kau redha dan yg aku tunggu sudah tiba~"



Past | New Story
_______________________________________
◕ Disclaimer ◕



My name is Balkis bt Mohd Mokhar.
This is my Official Blog so It's Real of me.
Please be nice here and don't copy what's mine!
I've CCTV here and everywhere >.< _______________________________________
◕ Scream Here ◕


.